Bagaimana Cara Mudah untuk ke Pulau Perhentian

by - January 01, 2018

Macamana nak pergi ke Pulau Perhentian?

Hai Korang semua, hari ni mek ada sikit masa yang terluang. Pastu Line Internet plak nampak macam laju semacam jer, Jari jemari ni pun terasa mcam ringan, otak ni plak gasakk duk berpusing. pastu tengok MacBook atas meja nampak duk relex tayang badan. So apa lagi Mek nak manfaatkan semua benda ni. Walaupun mek tahu semua ni pinjaman sementara jer. Betul x?? Okey dah dah dah..

Hari ni mek nak share dengan korang How To go Perhentian Island dalam bahasa melayu nya " Bagaimana cara untuk ke Pulau Perhentian" Jelas ke xjelas? hahahahah Sebut je Pulau Perhentian, memang org dah sah2 kenal Pulau Perhentian ni, mana xnya sbb ramai orang cakap Pulau Perhentian ni dah macam Maldive koo.

Boleh tahan ramai jugak yang duk pm dekat Fb mek dan wasup mek tanya macamana nak ke Pulau Perhentian. So Mek nak share dekat sini, harap info yang mek bagi ni berguna untuk korang yang nak p Pulau Perhentian. Sebenarnya nak pergi sini xsusah. Kita skrang dunia dah moden dah canggih so banyak kemudahan asas yang disediakan. 

Korang ada beberapa cara Untuk Ke Pulau Perhentian. Yang pertama korang boleh naik bas, kedua naik kereta sendiri dan ketiga korang boleh naik flight.

NAIK BAS DARI TERMINAT BERSEPADU SELATAN ( TBS)


TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)


Ni Kaunter Tiket, banyak sangat. Nati korang pergi je mana yang kosong. Semua destinasi ada taw.

Okey xpa mek nak citer untuk part yang naik bas. Mek ambil satu tempat dalam malaysia ni yang agak2 ramai orang mulakan perjalanan dorang dari sana. Mek ambil contoh Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan , Sungai Besi. So Bagi korang yang dari Kuala Lumpur, korang boleh ambil tiket bas dekat kaunter. Dekat sana ada direct bas ke Jeti Pulau Perhentian (Kuala Besut).


Tiket untuk bas tu bermula dari RM46 Sehala. Dulu masa mek mula2 nak pergi pulau perhentian, mek naik bas dekat TBS pastu turun dekat Terminal bas Kuala Besut yang dekat dengan Jeti Pulau Perhentian. Mek pilih Bas Perdana, sebab tertarik dengan dia punya slogan 'Selamat dan Selesa". Mek naik malam sampai pagi dalam pkul 6.30pagi macam tu. So sempatlah mek solat subuh dekat area jeti tu. 

Ni rupa Bas Express Perdana

Mek siap je solat dekat Masjid berdekatan , Mek cuba look around dulu. Ingtkan jeti jauh dari stesen bas ni, Rupanya dekat jer, jalan kaki je jeti. So dekat jeti ada gerai2 makan, masa tu mek pergi dalam pkul 7.30am, gerai sana baru kemas2 nak bukak, mek tunggu je dekat depan kedai tu. ada brother ni tengok mek duk tercegak jer, dia cepat2 susun kerusi nak bagi mek duduk. Fuhh dapat duduk then order teh tarik panas pastu ada nasi lemak ayam goreng. Perut lapar semua mek telan. hehhehe

Ni Terminal Bas dan teksi Kuala Besut

Nasi Lemakk..

NAIK KAPAL TERBANG DARI KLIA/KLIA2

Okey ni plak mek nak citer untuk korang yang decide nak pergi naik flight. Kalau korang nk ke sana korang kna ambil flight dari KUL-KBR taw. sebab lagi dekat compare korang turun dekat Kuala Terengganu. Sebab Jeti kuala Besut tu dia sempadan dengan kelantan jew. So memang dekat.

KLIA

Mek suka naik Airasia sebab murah, RM39 pun dah dapat 

Bila korang sampai je dekat Airport Kota Bharu, korang keluar tu dah ada kaunter taxi. So korang bagitahu jer kaunter tu korang nak ke Jeti Kuala Besut. Satu taxi RM75 boleh masuk 4 orang. So taxi akan bawak korang direct pergi ke Jeti Kuala Besut. Mek pernah naik skali taxi ni tapi mek terkena RM90 kauu. Sebab mek ambil kat luar airport. Xtaw plak harga dalam airport lagi murah hehehhehe


Taxi Airport Kota Bharu, Cun kan?? 
Perjalanan dia lebih kurang 1 jam setengah dari Airport. Sempat lah korang nak pejam2 mata2 dlu dalam taxi tu. Sampai jer dekat Jeti korang lepak2 lah dlu. hehhehe  Tunggu staff mek ambil untuk pergi ke Pulau Perhentian ( Kalau Ambil Pakej dengan mek) =)

Mek rasa sampai sini dulu lah coretan mek untuk petang ni. Xlarat dah nak menaip. hehhehe Nati kalau ada cara lain untuk pergi ke sana Mek Share lagi dengan korang yer.. Trima kasihhh. Mek sayang korang. Korang kena sayang mek jgk hahhahaha

Korang belum ada Pakej Lagi? untuk lihat senarai Pakej murah dari mek.Boleh tekan Link ni 


You May Also Like

5 comments

  1. Hi. Boleh email saya pakej Pulau Perhentian?
    aliaa_cz@ yahoo . com

    ReplyDelete
  2. Akk nk pegi pulau perhentian tarikh 31 tu boleh x

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya.. masa perjalanan kalau naik bas dari TBS ke Kuala Besut tu berapa jam ye? Kira sempat la nak naik bot pagi tu ye?

    ReplyDelete
  4. Hrmm..xbanyak info boleh dapat dari sini. Nak tau jgk harga tiket bot ke sana dari jeti

    ReplyDelete
  5. Untuk ke pulau perhentian boleb book teksi di laman web kami...kami akan ambil bila tuan/puan/cik/en tiba dikelantan...no need deposit . airporttaxikelantan.com

    ReplyDelete