Percutian 3H2M Ke Pulau Langkawi Bersama.................

by - July 24, 2017


Percutian 3H2M Ke Pulau Langkawi Bersama Yang Tersayang!


Assalamualaikum and good day semua. Tengah buat apa tu? 
Hai dah lama rasanya saya nak buat entry untuk Pakej ke Pulau Langkawi ni.

Trip ni tersangatlah santai and best sangat dan sesuai lah kalau korang nak bawak satu family and kalau nak ajak satu kampung pun boleh, cayalah best gilerr..



Image result for jom melancong ke pulau langkawi
Sumber daripada Google



Tapi sebelum tu, saya nak bagitau sedikit tips lah sebelum kita gerak. Maklum lah buat persediaan awal tu penting, hehe

Nak tahu? tekan je link kat sebelah tuu >>  Tips penting di Langkawi

Pakej ke Pulau Langkawi ni untuk 3 hari 2 malam .Kalau pergi satu hari tu macam tak best la sebab banyak tempat yang menarik kot dekat Langkawi ni.Harga pun bukannya mahal beb, RM275  untuk seorang pastu termasuk sekali dengan bilik berhawa dingin, sarapan ala-ala VIP gitu, kereta sewa pandu sendiri, Island Hoping and Pick up serta ambik dan hantar korang ke jeti ataupun Airport.
Mana nak jumpa pakej macam ni, So apa kata kita grab pakej ni pastu kita pusing satu Langkawi, hehehh tu diaa....

Okay macam ni..trip ni bermula dari Jeti Langkawi atau pun dekat Airport Langkawi. Sampai je kat sana korang semua akan dijemput dan di bawa ke tempat penginapan  Sandy Beach Resort yang super dupper selesa lah. tak caye? tengok je gambar kat bawah tu......huuu~


Image result for sandy beach resort langkawi
Sumber : Google
Hari pertama tu korang akan check in dekat resort ni pastu boleh lah rehat-rehat mandi manda dulu and kasi wangi siket sebelum nak start trip tu, hehe


Image result for sandy beach resort room

Haa dekat resort ni korang akan stay untuk 3 hari tu. Dia punya bilik memang terbaikk lah, haha siap ada televisyen bagai..Memang selesa lah..

Bila semua dah ready nak gerak pegi jalan-jalan, maka bermula lah trip kita yang pertama. Mula-mula korang akan pergi ke Cable Car. Yang ni tempat wajib pergi setiap kali datang ke Langkawi. Bila kat atas tu, korang akan tengok view yang sangat cantik.Alangkah indah ciptaan Tuhan. Ada yang takut gayat ke? Rilex, cool...selamat je Cable Car ni, dijamin punya lah..haha


Related image
Sumber : Google

Lepas terokai keindahan alam semula jadi masa naik Cable Car tu, kita akan teruskan trip ni ke tempat yang penuh lagenda iaitu Makam Mahsuri. Biasanya korang just dengar dan baca cerita je kan pasal Mahsuri ni. Mahsuri dikatakan dibunuh akibat di fitnah oleh mereka yang iri hati sehingga mengalir darah putih dari tubuh beliau dan Mahsuri dikatakan bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. And......... yang best nya  kali ni korang akan tengok dan jejak sendiri kat tempat tu. 

Antara peninggalan yang menarik yang ada dekat Makam Mahsuri ialah, boleh tangok kat bawah ni ye :D 


Related image
Ini merupakan Makam Mahsuri, nama penuh beliau dan tarikh kematian nya.

Image result for rumah tradisional mahsuri


Rumah ni merupakan rumah tradisional Mahsuri. Dikatakan bahawa tapak asal rumah Mahsuri terletak disini dan kini telah diubah suai menjadi tradisional .


Related image


Yang ni pulak dikenali sebagai Telaga Mahsuri. Telaga Mahsuri ni dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kulit dan boleh menjadikan wajah tu kekal awet muda. Sejauh mana kebenaran tu korang kena cuba sendiri la. Mana tahu kot-kot terus bertukar jadi muda..haha cunn makk!

Image result for congkak gergasi mahsuri

Selain tu jugak, korang akan jumpa Congkak Gergasi bila datang dekat Makam Mahsuri ni. Kat tempat lain mana boleh jumpa benda unik macam ni kan? hehe..

Dah selesai melawat tempat yang penuh bersejarah ni, pastu korang akan dibawa ke trip seterusnya iaitu ke tempat yang diberi nama Beras Terbakar. Macam pelik je bunyi kan? Tapi betul....tempat ni memang wujud tau. Tak caye? Cerr tengok gambar kat bawah tu.

Image result for beras terbakar langkawi


Mengikut sejarah, tempat ini dinamakan Beras Terbakar kerana terkena sumpahan Mahsuri iaitu Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan. Salah satu bukti sumpahan it ialah simpanan beras terbakar. Namun dikatakan juga, sampai sekarang beras terbakar itu digunakan sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan ubat sakit perut. Sejauh mana kesahihannya korang kena lah pergi dan rasai sendiri ye..

Trip seterusnya korang akan dibawa pergi melawat ke Muzium Perdana yang terletak di Kampung Kilim, Langkawi. Muzium ini menempatkan 9000 bahan pameran namun hanya 2000 sahaja yang dipertontonkan pada satu masa dalam putaran supaya setiap kali datang ke Muzium ni kita boleh tengok pameran yang berbeza. 

Dekat Muzium Perdana ni korang boleh la tengok hadiah, cenderamata dan anugerah yang diterima oleh menteri kita. Bila lagi nak rasai semua tu kan? hehe..kat bawah ni ada gambar dia, so korang boleh la cuci-cuci mata dulu.hee

Image result for muzium perdana langkawi

Image result for muzium perdana langkawi

Image result for muzium perdana langkawi

Image result for muzium perdana langkawi


Related image


Related image

Image result for muzium perdana langkawi

Alahaii dah penat ye jalan-jalan? hehe..rilex lah, kan datang bercuti so bila lagi nak jalan-jalan seharian macam ni kan. Okelah, kesian korang mesti penat. So boleh lah balik resort pastu rehat and kumpul tenaga banyak-banyak ye. Besok kita sambung jalan lagi..


Keesokan harinya iaitu hari kedua di Langkawi, korang diberikan sarapan secara percuma dekat resort yang korang menginap tulah. Sarapan ala-ala VIP gitu, korang boleh makan apa je makanan yang disediakan oleh pihak resort. Bila dah isi perut dan tenaga yang cukup tu baru lah best kita nak jalan-jalan kan? Tak mau lah pergi dua tiga tempat dah semput, tak best tau, hehehh..

Trip seterusnya korang akan pergi Island Hoping pulak. Yang ni baru betul-betul dinamakan holiday dekat pulau. First, kita akan melawat ke Tasik Dayang Bunting. Nama tempat pun macam best je kan? Tu belum tengok dia punya tempat lagi kan, hehe sabarrrrr....Dekat Tasik Dayang Bunting ni korang boleh tengok gunung yang menyerupai seorang perempuan yang sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting. Macam pelik kan? Nanti korang boleh tengok sendiri lah tempat tu ye. 

Sebelum saya lupa, ada satu petua yang mengatakan bagi mereka yang sudah berkahwin dan sukar untuk mendapatkan anak, digalakkan untuk minum air di tasik ini kerana boleh mempercepatkan proses hamil tu. Usaha tu tangga kejayaan, tak salah kan kalau kita mencuba. Manalah tahu kot-kot ada rezeki kan?


Tapi sebelum nak masuk ke Tasik Dayang Bunting ni, kena bayar harga tiket la dulu ye..Tak mahal pun, sattt bimbang norh, RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Yang ni serba sedikit gambaran dekat Tasik tu......


Image result for tasik dayang bunting pulau langkawi

Image result for tasik dayang bunting pulau langkawi

Image result for tasik dayang bunting pulau langkawi

Sumber daripada Google

Selepas selesai melawat Tasik Dayang Bunting, korang akan dibawa melawat ke Pulau Besar. Dekat Pulau Besar ni sangat sesuai lah untuk korang berselfie wefie tu sebab dia punya pantai tersangat lah cantik. So korang boleh buat macam-macam gaya ala-ala dekat Maldives gtew, hehehh

Image result for pulau besar


Related image

Trip seterusnya kita akan ke tempat yang wajib dikunjunglah bila tiba di Langkawi ni iaitu Dataran Helang. Tempat ni amat sesuai untuk bersantai dan terletaknya berhampiran dengan jeti Kuah. Dekat dataran ni lah terdapat tugu Helang yang sangat besar tu. Biasanya korang just tengok dalam google and tv je kan? So nanti korang boleh rasai dan tengok yang real punya lah bila datang sini tu. Helang tu merupakan mercu tanda Pulau Langkawi, kalau sape yang tak tahu tu tak tau lah den nok kato apo..haha


Image result for dataran helang pulau langkawi


Besar dan cantik sangat kan? kalau nak selfie wefie tu kena pandai-pandai lah cari centre yang cantik ye..hee~

Hai dah penat ke bang? rilex duluuuu.......baru tiga tempat ni, ada banyak lagi tempat yang tak explore ni, hehe..Okay trip seterusnya korang akan dibawa pergi ke Underwater World Langkawi. Haa dekat sini korang boleh feeling-feeling ada kat tengah-tengah laut pastu boleh tengok macam-macam jenis speisis hidupan laut yang agak rare lah. Apa?? Tak caye? Nak bukti? haishh tengok je kat bawah tu jangan terkejut pulak kalau tetiba si pinguin keluar ye..hehehe


Image result for under water world langkawi

Haa yang ni dia punya pintu masuk

Image result for under water world langkawi

Jangan terkejut pulak kalau tengok jerung lalu kat atas kepala korang tu ye :D

Image result for under water world langkawi

Macam-macam jenis speisis ikan lah korang boleh jumpa, Nemo pun ada tau haa

Related image

Haaaa...kan dah cakap, jangan terkejut kalau tengok cik pingu ni keluar, siap bawak geng lagi hehe..

Tapi...................benda yang paling penting sebelum nak masuk kat sini tu kena prepare duit untuk tiket masuk tu je lah. Maklum lah hidupan katsini nak diberi makan jugak ye, kalau tak kebulur lah diorang tu..haha

Untuk santai petang, korang akan dibawa bersiar-siar dekat Pantai Cenang. Kat sini boleh lah nak ambik angin pantai sambil makan ais krim ke dengan yang tersayang, auuww so sweet hehe


Image result for pantai cenang


Mesti dah penat jalan-jalan kan, and korang mesti tertanya-tanya kat mana nak shopping ni, kat mana nak makan ni, kan3? okey jommm kita ke Pekan Kuah. Kat Pekan Kuah tu korang boleh buat aktiviti korang sendiri lah, nak makan ke, nak shopping ke, nak selfie wefie ke boleh je. 


Lagi satu, dekat Langkawi ni femes dengan tempat pusat membeli belah. Nak tahu kat mana? Mesti lah dekat Haji Ismail Group (HIG). Dekat sini macam-macam jenis barang korang boleh beli untuk bawak balik rumah. Selain baju, keychain, kraftangan ada jugak barang dapur seperti pinggan mangkuk, sudu garfu,senduk and macam-macam keperluan dapur lah ada kat situ. Nak beli nak bawak balik dekat bakal mak mentua tu sesuai sangat lah, hehex.

Related image

Related image

Related image


Selain tu jugak, benda yang paling best yang ada kat sini ialah korang boleh beli macam-macam jenis manisan seperti Cadbury, Hersheys, M&M, Coklat Daim dan lain-lain dengan harga yang sangat murah kerana Langkawi merupakan zon bebas cukai. So, kat sini lah korang boleh shopping sepuas nya. Tapi.......jangan lupa tips-tips penting yang korang kena ingat tu, kalau terlanggar susah pulak..hahahh


Related image


Related image


Image result for manisan yang dijual di langkawi


Seharian dah korang jenjalan kan? Menarik kan Langkawi. Nanti boleh la ajak kawan-kawan ke, sedara mara yang tak pernah datang lagi tu, confirm diorang nak ikut lah.

Bila dah penat pusing Langkawi, so kita rehat lah dulu ek, kaki pun dah lenguh, mata pun dah lali kan? Balik bilik pastu rehat and tido...ZzZzZzzZZZ

Keesokan harinya iaitu hari yang terakhir kita dekat Langkawi. Pagi sarapan macam biasa dulu dekat resort tu, pastu terus bawa barang-barang turun untuk pulang. Ada yang tak nak balik sebab tak puas lagi jenguk Langkawi? Tak puas lagi shopping?? woww! hehe kita datang lain kali lah pulak ye. Balik kumpul duit banyak-banyak dulu pastu kita datang lagi, hee

Baiklah setakat ini dahulu ye untuk Langkawi ni..Moga berjumpa lagi ke trip seterusnya..Terima kasih kerana membaca..:)

Chauuuuu~ peace yow! 






You May Also Like

0 comments